VIDEO - Makcik-makcik serbu sendiri premis mesin judi dipuji warganet

Sekumpulan makcik-makcik serbu sendiri premis mesin judi dipuji warganet, pihak polis akui malu kepada makcik-makcik tersebut

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan makcik-makcik menyerbu sendiri premis mesin judi yang beroperasi di dalam kampung mereka.

Menurut makcik-makcik itu, premis seperti ini bukan sahaja mengundang bala malah merosakkan banyak lapisan masyarakat sama ada muda atau tua.

Susulan keberanian makcik-makcik itu menyerbu masuk ke premis berkenaan, dilihat para pemuda yang lain turut sama membantu mereka merosakkan mesin-mesin judi.

Video tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata warganet memuji tindakan berani kumpulan makcik tersebut dan mengecam pihak polis kerana lalai serta tiada fungsi sehingga premis judi boleh beroperasi dengan bebas.




Susulan penularan video tersebut, ketua polis Binjai mengakui kelemahan dan malu kepada makcik-makcik itu yang lebih berani bertindak menghapuskan aktiviti perjudian di daerah Deliserdang. - Agensi


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo