Bapa tak mampu bayar kos urus jenazah janin kembar berjumlah RM 1,200

Bapa tak mampu bayar kos urus jenazah janin kembar berjumlah RM 1,200

SHAH ALAM - Seorang bapa terpaksa 
mendapatkan bantuan dari pihak luar kerana tidak mampu membayar kos pengurusan jenazah janin kembar yang mahal.

Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol berkata, dia menerima satu panggilan pada pagi Khamis dari seorang lelaki yang mengatakan isterinya keguguran sepasang janin kembar lelaki dan perempuan.


Menurut pemuda yang berusia 39 tahun itu, lelaki tersebut memaklumkan kos untuk menguruskan jenazah itu mahal iaitu RM1,200 dan tidak mampu.

“Saya pun pelik kenapa mahal sangat sampai RM1,200 sedangkan ia janin dan tidak sukar untuk menguruskan selain tidak memerlukan peralatan yang banyak.


“Dia merayu pada saya untuk membantu menguruskan jenazah tersebut.

“Walaupun dia jauh di Shah Alam, saya tetap membantu menguruskan janin tersebut di bilik jenazah berdekatan setelah mendapat kebenaran siak di sana,” katanya

Amal Team merupakan satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak lapan tahun lalu bagi membantu masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah sehingga selesai.

Perkhidmatan tersebut dilakukan tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada waris keluarga untuk membantu golongan kurang berkemampuan termasuk jenazah mayat yang tidak dituntut.


Tambah Zulhairi, dia membantu lelaki itu menguruskan jenazah tersebut sehingga selesai secara percuma tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang mengenakan bayaran mahal untuk kos pengurusan.

“Alhamdulillah, jenazah selesai diuruskan dan selamat dikebumikan.

“Walaupun datang jauh dari Bangi, kami tetap bantu uruskan hingga selesai kerana rasa tanggungjawab.

“Moga ALLAH gantikan yang lebih baik dan gantikan zuriat buat keluarga ini,” katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo