VIDEO - 3 beradik perempuan bakar rumah ibu kerana harta pusaka

3 beradik perempuan bakar rumah ibu kerana tidak setuju pembahagian harta pusaka

"Ibu dan 3 beradik perempuan cedera parah akibat terbakar seluruh badan. Saya tidak menyangka yang adik beradik kandung saya tergamak membakar rumah ibu sendiri hanya kerana berebut harta pusaka" - Saudara Lelaki


3 beradik perempuan tergamak membakar rumah ibu kandung mereka sendiri hanya kerana tidak bersetuju dengan pembahagian harta pusaka milik mendiang bapa mereka yang meninggal dunia. 

Bapa mereka yang dikenali dengan nama Mr D.D.D meninggal dunia pada usia 59 tahun meninggalkan harta pusaka iaitu dua bidang tanah namun tidak menulis wasiat. 

Tanah yang pertama terletak di tepi jalan besar dan tanah yang kedua terletak di kawasan pedalaman. 

Hasil perkahwinan antara mendiang dan Mrs. V.T.D(60 tahun) mempunyai 4 orang anak iaitu 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki yang masing-masing sudah berusia 30-an. Ibu dan anak lelakinya tinggal di rumah yang dibina atas tanah pertama yang terletak di tepi jalan kerana kondisi kesihatan ibu mereka tidak begitu baik dan dijaga sepenuhnya oleh anak lelaki. 

Manakala 3 beradik wanita itu masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Namun masing-masing mempunyai suami yang bermasalah seperti kaki judi, mabuk dan kaki perempuan. 

Ibu memberitahu kepada anak-anaknya seandainya ibu sudah meninggal dunia, tanah serta rumah yang terletak di tepi jalan besar akan diserahkan kepada anak lelaki memandangkan anak lelaki itu belum beristeri dan bertanggungjawab menjaga ibunya. 

Manakala tanah kedua yang terletak di kawasan pedalaman akan dibahagi tiga sama rata kepada ketiga-tiga beradik perempuan kerana mereka sudah mempunyai suami. 


3 beradik perempuan tidak bersetuju dan memberontak setelah mendengar kata-kata ibu mereka kerana didakwa tidak adil dalam pembahagian harta pusaka. Mereka mengesa supaya kedua-dua tanah tersebut dijual dan dibahagikan sama rata namun ibu tidak bersetuju.


Pada waktu pagi, saksi melihat ketiga-tiga beradik memasuki rumah ibu mereka dengan membawa beberapa tong biru dan penukul. Pada awalnya saksi tidak menyangka bahawa tong-tong biru yang dibawa itu mengandungi minyak petrol. 

Setelah kesemuanya masuk ke rumah dan pintu dikunci dan keadaan sunyi sepi sebelum saksi dan jiran yang lain mendengar suara orang menjerit-jerit dengan kuat. Saksi dan jiran-jiran terkejut melihat keadaan mereka yang telah terbakar dan cuba menyelamatkan  mereka namun api marak begitu cepat. 

3 beradik bersama ibu mereka cedera parah akibat terbakar hampir keseluruhan badan dan sedang dirawat di hospital. 

Anak lelaki tidak berada di rumah ketika itu terkejut mendengar tindakan nekad adik beradiknya yang sanggup membakar rumah ibu sendiri hanya kerana harta pusaka.

"Saya tidak menyangka yang adik beradik kandung saya tergamak membakar rumah ibu sendiri hanya kerana berebut harta pusaka" - Saudara Lelaki




Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Hung Yen, Vietnam - Agensi

Berita dan info semasa cepat dan tepat di channel telegram LIPUTAN7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo