Dah 2023 masih guna buku 'pink', netizen gesa KKM rekod kesihatan ibu hamil secara digital

Dah 2023 masih guna buku 'pink', netizen gesa KKM rekod kesihatan ibu hamil secara digital

MALAYSIA sedang bergerak ke arah pendigitalan secara berperingkat dalam semua bidang terutamanya di sektor kerajaan bagi memudahkan urusan dari pengurusan data.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan rakyat Malaysia boleh membuat janji temu pemeriksaan gigi di mana-mana kemudahan kesihatan KKM menerusi aplikasi MySejahtera pada Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan turut memaklumkan pesakit akan menjalani pemeriksaan, sesi konsultasi dan rawat gigi pada janji temu pertama serta mendapat rawatan susulan jika perlu.

Katanya ia juga selaras dengan komitmen KKM ke arah pendigitalan sistem kesihatan selari dengan Pelan Strategik Digitalisasi 2021-2025.


Baru-baru ini, KKM memuat naik satu hantaran tentang buku rekod kehamilan ibu hamil untuk mencatat rekod kesihatan golongan tersebut dan ia boleh dirujuk semula jika terdapat sebarang kes kecemasan.

Di sebalik pelbagai respons yang diterima oleh pihak tersebut, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menggesa KKM untuk menukar penggunaan buku rekod kehamilan daripada buku fizikal kepada bentuk digital.

"Patutnya dah 2023 ini buku pink ini harus pupus sudah dan semua rekod patut didigitalkan. Slow KKM ini," ciap @aprilishx.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa orang mengatakan buku rekod tersebut mulai rosak kerana terlalu kerap digunakan setiap kali janji temu dengan pihak klinik atau hospital.

"Buku pink saya hampir hancur setiap kali check up (kerana) stapler nombor (giliran)," ciap @_Shrnaa.

Kasihan tengok jururawat klinik kesihatan (KK) penat nak tulis banyak-banyak, lepas itu belek satu-satu tengok balik takut ada yang missed out," ciap @bearyblossom.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir pihak yang beranggapan penggunaan buku rekod secara fizikal itu kekal relevan kerana ia memudahkan pemilik buku tersebut, selain terdapat isu capaian internet terutama di kawasan luar bandar.

"Mungkin sebab masih tidak praktikal untuk kawasan yang tiada atau kurang akses internet.

"Ada yang duduk bandar tapi bersalin di kampung atau sebaliknya. Masih perlu ada rekod hardcopy juga," ciap @jules12anne.

"Setuju untuk digitalize tapi non-digital tetap kena ada sebagai backup at least untuk beberapa rekod penting (high risk case) sebab rekod kesihatan ibu dan anak antara yang medicolegal.

Kalau semua kita digitalize tapi tiba-tiba sistem corrupt , rekod non-digital boleh membantu," ciap @m_zzza.

Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa KKM mungkin sedang bergerak ke arah mendigitalkan buku rekod kehamilan itu, namun tiada peruntukan untuk melaksanakan perkara tersebut.

"Duit ada semua jalan saja. Contoh zaman Covid-19 ada aplikasi MySejahtera, vaksin semua cepat sahaja satu Malaysia boleh buat kerana apa? Sebab ada dana ada duit.

"Negara kita tiada duit, cut cost sana sini untuk jimat," ciap @MrAklil.

Kredit : Majoriti


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo