Suami bakar isteri hingga maut ditahan, Isteri dan keluarga tuduh suspek ambil dadah punca pembunuhan

Suami bakar isteri hingga maut ditahan, Isteri dan keluarga tuduh suspek ambil dadah punca pembunuhan 

"Siasatan mendapati punca kejadian akibat rasa tidak puas hati apabila mangsa dan keluarganya menuduh suspek mengambil dadah."


MANJUNG - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian isterinya dipercayai dibakar dalam kejadian di Kampung Bharu, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.


Menurutnya, polis dimaklumkan dalam kejadian itu, suspek berusia 28 tahun telah membakar isterinya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Siasatan mendapati punca kejadian akibat rasa tidak puas hati apabila mangsa dan keluarganya menuduh suspek mengambil dadah.

"Suspek berjaya diberkas sehari selepas kejadian di sebuah restoran di Lumut bersama rampasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari sehingga 18 Julai ini.

Katanya, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasatan terhadap mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo