'Iqbal putih, saya pula hitam... jadi mengapa saya' - Inspektor Sheila

'Iqbal putih, saya pula hitam... jadi mengapa saya' - Inspektor Sheila

Kuala Lumpur: "Apa motif dia nak berkenalan?

Itu reaksi 'Inspektor Sheila' atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, ketika diminta mengulas mengenai hasrat pempengaruh, Iqbal Zulkefli yang secara terbuka meluahkan hasrat untuk berkenalan lebih dekat dengannya.


Sheila berkata, dia tahu mengenai perkara itu selepas terbaca laporan satu portal berita dan hairan apabila dirinya menjadi pilihan Iqbal.

"Saya tak kenal dia (secara peribadi), tak tahu dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini mengenai dia dengan Vida (Datuk Seri Vida).

"Setakat ini, saya tiada pula terima DM (kiriman mesej) daripadanya.

"Saya nampak dia putih (berkulit putih) dan saya pula hitam jadi mengapa saya?," katanya ketika temubual eksklusif Harian Metro, hari ini.

Semalam, tular kisah Iqbal Zulkefli yang meluahkan secara terbuka isi hatinya untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story.

Menerusi hantaran itu, Iqbal percaya Sheila memiliki sifat lembut di sebalik ketegasannya.


"Bak kata Inspektor Shila "tak kenal maka tak cinta. Netizen pun suka ya usik-usik.

"Bolehlah saya pun sunyi boleh dengar ceramah setiap hari. Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial. Kalau betul garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila," tulisnya.

Terdahulu, Sheila memuat naik hantaran di Fb mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

Dalam hantaran itu, Sheila ada menyatakan beberapa kriteria ditetapkan dan mereka yang berminat dipelawa mencuba nasib dengan membalas komen di Facebook sebelum 1 Julai.

Sheila sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; "You (kamu) tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu," mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo