Wanita miliki 3 suami tinggal serumah, bingung siapa ayah kepada anak-anaknya

Wanita miliki 3 suami dan 1 teman lelaki tinggal serumah, bingung siapa ayah kepada anak-anaknya

Biasanya kita dengar suami beristeri lebih dari satu dipanggil poligami, namun bagi wanita yang mempunyai lebih dari satu suami ia dipanggil poliandri.


Cerita tentang seorang wanita bernama Ann Grace Aguti yang berasal dari Uganda, Afrika Timur ini mengemparkan wargnet apabila berita tentangnya memiliki 3 suami dan 1 teman lelaki tular.

Wanita yang berusia 36 tahun itu mengakui sangat bahagia disayangi ketiga-tiga suaminya dan kekasihnya yang menjaga dan melayaninya dengan baik sekali.

Sungguhpun begitu, Ann bukanlah wanita biasa, Ann mempunyai harta kekayaan yang banyak serta memiliki tanah dan 7 buah rumah. Namun kesemua suami dan teman lelakinya setuju untuk tinggal serumah.

"Suami-suami saya memang tidak berguna, mereka hanya santai saja di rumah dan saya terpaksa menyara hidup mereka selama saya masih hidup" kata Ann

Bagi urusan bersama, Ann berhak menentukan dengan siapa dia mahu bersama dan suami-suami yang lain akan diusir keluar.

Ann mempunyai 4 orang anak, Namun Ann juga bingung tentang status anaknya kerana tidak tahu siapa bapa kepada anak-anaknya.

Mempunyai suami lebih daripada satu bukanlah sesuatu yang indah bagi Ann, kerana kadang kala suami-suaminya akan bertengkar dan bergaduh kerana cemburu..itu membuatkan bapa Ann risaukan keselamatan anak perempuannya.









Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo