SEORANG LELAKI M4UT, MOTOSIKAL BERGESEL DAN TERBABAS


SEORANG LELAKI M4UT, MOTOSIKAL BERGESEL DAN TERBABAS

Seorang lelaki berusia 46 tahun m4ut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal di KM KM1.9 Lebuhraya SKVE berhampiran IOI Mall Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, seorang penunggang motosikal, Shahril yang bekerja di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi di Putrajaya m4ut ditempat kejadian dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Siasatan awal mendapati mangsa dari Putrajaya menghala ke Kajang untuk ke pulang ke rumah. Sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah motosikal nombor pendaftaran WC7152R jenis Honda warna biru. Penunggang  motosikal nombor WC7152R telah meninggalkan tempat kejadian selepas kemalangan berlaku. Mangsa di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 

Siasatan punca kemalangan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Saksi utama iaitu penunggang motosikal WC7152R jenis Honda warna biru diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Insp Noor Faizah di nombor 0138024605 untuk menyalurkan maklumat.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo