Mahkamah Rayuan benarkan pasport antarabangsa secara kekal kepada Zahid Hamidi



Mahkamah Rayuan benarkan pasport antarabangsa secara kekal kepada Zahid Hamidi

"Ini membolehkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas rasmi saya khususnya melibatkan lawatan rasmi dan juga menghadiri mesyuarat atau persidangan di peringkat antarabangsa.



JASIN - Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.


"Ini membolehkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas rasmi saya khususnya melibatkan lawatan rasmi dan juga menghadiri mesyuarat atau persidangan di peringkat antarabangsa.


"Dan tentunya ini memberikan makna yang cukup baik untuk saya dan saya menghargai keputusan mahkamah khususnya kepada ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada peguam-peguam saya untuk Yang Arif memberi keputusan itu,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini pada Isnin.



Pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. - Bernama

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo