Lelaki ditahan rogol anjing


Lelaki ditahan rogol anjing

Polis menahan seorang lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai merupakan individu yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di dalam video yang sedang tular.



Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki yang mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau itu ditahan pada Sabtu lalu.



“Seorang Pegawai Kanan Polis berada di kuarters Polis IPD Hilir Perak telah dapat maklumat awam menyatakan terdapat satu kejadian seorang lelaki merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan restoran Ghulam Rasul, Teluk Intan, Perak.



"Hasil siasatan yang dijalankan telah membawa kepada tangkapan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 40an," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Tambah beliau, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada suspek mempunyai gangguan mental.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman.


Sedutan video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki mendukung seekor anjing dan melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan pagar sebuah rumah.


Kelakuannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo