"Jodoh kami sampai di sini."


"Jodoh kami sampai di sini."

Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata redha dengan ketentuan Ilahi

Kuala Lumpur: "Jodoh kami sampai di sini." ...

Demikian ringkas kata isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan.

Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, enggan mengulas lanjut perkara itu dan memohon diberikan ruang.

"Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini," katanya

Terdahulu media melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Sumber berkata, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafidz juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo