Tanah runtuh : Dua keluarga dari Melaka dikhuatiri mangsa hilang

Tanah runtuh : Dua keluarga dari Melaka dikhuatiri mangsa hilang

ALOR GAJAH – Dua keluarga seramai lapan orang dari Machap Baru di sini dikhuatiri antara mangsa yang masih belum ditemui dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi semalam. Perkara itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Tai Yi Wei, 27, yang mendakwa abangnya, Tai Chang Lin, 35, dan akak ipar, Yu Siew Pay, 34, tidak dapat dihubungi sejak bercuti ke kawasan perkhemahan itu, Rabu lalu.

“Saya cuma mengharapkan satu panggilan sahaja daripada mereka, bagitahu saya mereka selamat daripada kejadian tanah runtuh itu,” tulisnya beserta pautan berita mengenai insiden itu. Menurut Yi Wei, abangnya sempat... memuat naik status di Facebook miliknya memaklumkan dua keluarga yang seramai lapan orang telah bertolak dari Machap Baru untuk berkhemah di Batang Kali. Katanya, abang dan kakak iparnya membawa bersama dua anak mereka berusia empat serta tujuh tahun, manakala empat yang lain adalah keluarga rakan baik abangnya.

“Kawan abang saya juga ada menghubungi keluarganya beritahu mereka telah selamat sampai di tapak perkhemahan itu di Batang Kali. “Bagaimanapun, selepas insiden itu berlaku, saya terus rasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi mereka berulang kali, ada deringan, tetapi tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.

Tambahnya, keluarga itu sepatutnya dijadualkan pulang pada petang semalam.

Ujarnya, adik-beradiknya yang lain kemudian telah ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa terselamat, namun nama keluarganya tidak tersenarai.

“Abang saya yang kelima telah ke pergi ke hospital di sana petang tadi, terdapat sekumpulan lebih kurang 20 orang mangsa dari Melaka yang diselamatkan, namun nama mereka dan tiada dalam senarai itu,” katanya.

Ujarnya, abangnya yang hilang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik dan bekerja sebagai wakil pengurusan mayat, manakala kakak iparnya seorang guru.

Katanya, dia kini hanya mengharapkan orang ramai mendoakan keselamatan keluarganya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo