Tanah runtuh: Bantuan RM1,000 untuk mangsa, RM10,000 mangsa terkorban


Tanah runtuh: Bantuan RM1,000 untuk mangsa, RM10,000 mangsa terkorban



HULU SELANGOR – Bantuan RM10,000 akan disalurkan segera kepada setiap mangsa yang terkorban, dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, yang terjadi awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut setelah meninjau pos kawalan di lokasi nahas dan turut menjelaskan, bantuan itu akan diselaraskan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor untuk pelaksanaan segera.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyalurkan peruntukan kepada ...Setiausaha Kerajaan (SUK Selangor) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor. Kemudian, SUK Selangor akan menyalurkan bantuan terus kepada mangsa.

“Selain itu, bantuan bernilai RM1,000 turut akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Kerajaan negeri juga berusaha untuk berikan penjelasan terperinci dan tentunya kita akan hantar lagi wakil-wakil untuk menemui keluarga yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya dalam sidang akhbar kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, buat masa ini orang awam hanya perlu menumpukan kepada laporan awal daripada Ketua Polis Negara, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penguat kuasa yang lain kerana beliau sendiri tidak mahu mendahului tugas mereka.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa simpati kepada seluruh keluarga mangsa atas kehilangan nyawa di mana ada di antaranya terdiri daripada anak kecil.



Jelasnya lagi, ini merupakan tragedi buat rakyat Malaysia dan beliau berasa sedih serta berdukacita atas kemalangan yang menimpa negara.

Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada semua petugas pihak berkuasa yang bertungkus lumus bekerja dalam suasana yang sukar dan risiko yang besar dengan cuaca yang tidak menentu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo