PETALING JAYA – Tindakan kejam seorang wanita warga Indonesia yang memukul ...seekor kucing jantan jalanan (stray cat) menggunakan penyapu sehingga mati, mengundang padah apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Hotimah, 60, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia yang bekerja sebagai peniaga pisang goreng mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.Mengikut pertuduhan, Hotimah didapati dengan kejam memukul seekor kucing menggunakan sebatang penyapu pukul 7.45 pagi pada 20 Ogos lalu (2022) di sebuah kedai tidak bernombor tepi jalan, Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini.Berikutan itu pertuduhan terhadap OKS dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (akta 772) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 29(1) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.Terdahulu, Hotimah yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan menghidap sakit jantung.Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Selangor Mohd. Sharif Sabran memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada OKS.
Wanita pukul kucing dengan penyapu hingga mati dihukum penjara 6 bulan
harianlazdrop
November 23, 2022
Wanita pukul kucing dengan penyapu hingga mati dihukum penjara 6 bulan
"Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan menghidap sakit jantung."
Trending

VIDEO - Akhirnya Makcik Nasi Lemak Bela Diri
October 12, 2022

VIDEO - 3 beradik perempuan bakar rumah ibu kerana harta pusaka
November 06, 2022

Pegawai bank didakwa jual isteri untuk perkhidmatan seks
November 09, 2022

Lelaki bujang dan janda dicekup berkhalwat baru kenal empat bulan di FB
November 05, 2022
Menarik Dibaca
3/random/post-list
Trending

SEORANG LELAKI M4UT, MOTOSIKAL BERGESEL DAN TERBABAS
March 28, 2023
6 lelaki Rogol gadis, mayat digantung pada pokok mangga
August 01, 2023
Menu Footer Widget
Copyright ©
Wanita Hari Ini