VIDEO - Isteri dituduh membunuh, suami maut ketika dikurung dalam bagasi


Isteri dituduh membunuh, suami maut dikurung dalam bagasi ketika bermain "aci sembunyi"

"Saya tak dapat bernafas, sungguh..." rayu suaminya yang minta untuk dilepaskan.

Seorang wanita dituduh di mahkamah atas kesalahan membunuh kerana mengurung suaminya di dalam satu bagasi hingga maut. 

Menerusi rakaman video yang diupload suspek(Sarah Boone), suaminya Jorge Torres merayu-rayu supaya dilepaskan daripada kurungan bagasi kerana mengalami kesukaran bernafas. 

Menurut Sarah, dia dan suami ketika itu sedang bermain 'aci sembunyi' semasa mereka berdua sedang mabuk. Sarah memasukkann suaminya ke dalam bagasi dan menunggunya keluar untuk mencarinya.

"Saya tak dapat bernafas, betul..." rayu suaminya yang minta untuk dilepaskan.

"Padamuka kau, itu yang aku rasa bila kau curang dan cekik leher aku" jawab isterinya

Pihak polis menyatakan, suspek mendakwa mereka hanya bermain-main ketika mabuk dan tidak ada niat henda membunuh suaminya.

Kes akan dibicarakan pada 23 Januari 2023 atas tuduhan membunuh.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo