VIDEO - Tular video pelajar sekolah dibuli dalam tandas

Sekumpulan pelajar samseng buli rakan sekelas dalam tandas tular

“Mohon cari sampai dapat. Kecik-kecik dah pandai jadi samseng. Semua sekali tu perlu diberi kesedaran budaya buli bukanlah budaya kita,” kata Zainal Azman

PETALING JAYA – Satu rakaman memaparkan seorang pelajar dibuli di sebuah sekolah tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan pelajar lelaki berkenaan dikelilingi beberapa orang pelajar lain sebelum tiba-tiba dia ditumbuk di bahagian pipi oleh salah seorang pelajar itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di sekolah mana video itu dirakam.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar-pelajar itu dan berharap agar kesemua mereka dikenakan tindakan tegas.

“Mohon cari sampai dapat. Kecik-kecik dah pandai jadi samseng. Semua sekali tu perlu diberi kesedaran budaya buli bukanlah budaya kita,” kata Zainal Azman.

“Kuat sebab ada ‘geng’ je, cuba dia sorang-sorang,” kata Pikah.




“Elok masukkan ke sekolah juvana biar ada akal. Pergi sekolah untuk belajar,” kata Fariz.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 32,000 kali di Twitter.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo