VIDEO - Tentera belasah pekerja Shopee, marah kerana barang yang sampai tidak sama dengan pesanan


Tentera belasah pekerja Shopee, marah kerana barang yang sampai tidak sama dengan pesanan

"Di sini tempat pengagihan barang bukan tempat komplain..." - pekerja Shopee

BALI - Tular satu video seorang lelaki yang juga merupakan seorang tentera membelasah pengawal keselamatan dan pekerja Shopee di sebuah gudang logistik barangan Shopee.

Kejadian yang berlaku di Gudang Shopee Kabupaten Gianyar, Bali itu telah mendapat liputan luas di media massa. 

Awal kejadian adalah berpunca daripada pesanan barangan di Shopee yang dibuat oleh suspek tidak sama dengan barangan yang suspek terima.

Suspek bersama anaknya(berbaju hitam) pergi ke gudang Shopee bagi mengajukan isu penerimaan dan pesanan barang tersebut namun dihalang oleh pengawal keselamatan di situ. 

Pergaduhan bermula apabila pengawal keselamatan  gudang tersebut  memberitahu suspek bahawa di sini adalah tempat logistik dan bukan tempat  untuk buat aduan atau komplain.

Mendengar jawapan itu, suspek terus menumbuk muka mangsa dan pergaduhan tercetus di gudang Shopee. 

Suspek bersama anaknya telah ditahan atas kesalahan menceroboh dan mencederakan pekerja Shopee. - Agensi



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo