Kanak-kanak tu masih tidur waktu tu...

Bekas anggota polis memb*nuh 34 individu termasuk 22 kanak-kanak di sebuah taska

"Kanak-kanak yang terkorban berusia seawal usia dua tahun, dib*nuh pada Khamis oleh bekas anggota polis, yang menurut saksi menceroboh masuk ke taska kemudian menembak serta menetak mereka yang berada di dalam."

Bangkok: Kesedihan terasa ketika keranda merah jambu dan putih dihiasi dengan emas yang membawa mayat 22 kanak-kanak yang terkorban dalam insiden tembakan di bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menggenggam tangan dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat ketika trak diikuti ambulans yang membawa mayat mangsa lain melalui bandar Na Klang.

"Semua rakyat Thailand dan masyarakat seluruh dunia mengetahui mengenai perkara ini serta berasa sangat sedih," katanya.

Kanak-kanak yang terkorban berusia seawal usia dua tahun, dibunuh pada Khamis oleh bekas anggota polis, yang menurut saksi menceroboh masuk ke taska kemudian menembak serta menetak mereka yang berada di dalam.

Pembunuhan beramai-ramai bermula sekitar tengah hari, apabila Panya Khamrapm menceroboh masuk ke dalam taska dan melepaskan tembakan, lapor media tempatan.

Kanak-kanak itu dipercayai sedang tidur ketika kejadian.

Jurucakap polis, Paisan Luesomboon berkata, Panya memulakan serangan selepas gagal mengesan anaknya di pusat itu dan ia disahkan saksi kejadian.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 38 individu dibunuh oleh Panya, yang menurut polis diberhentikan daripada tugas tahun lalu kerana menggunakan dadah dan sudah menghadiri perbicaraan mahkamah atas tuduhan narkotik sebelum melakukan serangan itu.

Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan ada mangsa yang parah.

Selepas pulang ke rumah, polis memaklumkan Panya membunuh isteri dan anaknya sebelum menembak dirinya sendiri.


Anggota penyelamat sebelum itu membawa mayat mangsa ke balai polis tempatan dan meletakkannya ke dalam keranda ketika kakitangan perubatan berdiri dan saudara-mara mangsa berkumpul, dengan ada yang mengesat air mata.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo