Saraf Mata Dimatikan, Mata Pak Lan Dah Tak Nampak

Saraf Mata Dimatikan, Mata Pak Lan Dah Tak Nampak

"Beliau menghidapi beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering, keadaan itulah dipercayai yang menyebabkan dirinya terpaksa berhenti berlakon."

Pada hari ini, kita dikejutkan dengan berita kesihatan pelakon veteran, Pak Lan yang semakin merosot. Untuk makluman, matanya sudah lagi tidak dapat melihat disebabkan saraf yang telah dimatikan oleh pihak doktor.


Pak Lan atau nama sebenarnya Roslan Saleh ialah salah seorang pelakon lelaki veteran yang terkemuka di Malaysia. Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, Roslan pernah bekerja sebagai guru.

Namun disebabkan beliau menghidapi beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering, keadaan itulah dipercayai yang menyebabkan dirinya terpaksa berhenti berlakon.

Difahamkan juga, tindakan doktor untuk mematikan saraf penglihatan pelakon veteran ini adalah untuk menghilangkan rasa sakit dan pening kepala yang membelenggu beliau untuk bertahun-tahun lamanya disebabkan penyakit kencing manis yang kritikal.

Keadaan kesihatan Pak Lan sewaktu dilawati
Menurut seorang pendakwah terkenal, Ustaz Hj Taufik UT menerusi Facebook miliknya, beliau menziarahi Pak Lan di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah Melaka dalam satu ziarah baru-baru ini.

Jelasnya, keadaan Pak Lan sangat lemah untuk bergerak ke mana-mana dan terpaksa dipakaikan lampin setiap hari. Selain itu, kakinya pula tidak boleh bergerak langsung seperti kebiasaannya hingga terpaksa didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin dibawa ke mana-mana.

“Hari ni saya luangkan masa lagi menziarahi Pak Lan di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah Melaka. Keadaan Pak Lan sangat lemah untuk bergerak ke mana-mana & beliau terpaksa dipakaikan pampers setiap hari.

Kakinya tak boleh bergerak langsung seperti biasa & beliau terpaksa didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin dibawa ke mana-mana. Berat badannya juga susut akibat selera makan yang tak menentu.


Mohon sama-sama kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan & dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan & kesabaran,”

Bukan itu sahaja, selera makan yang tidak menentu menyebabkan berat badannya juga susut. Pada akhir hantaran Facebook tersebut, Ustaz Taufik meminta kita semua untuk memanjatkan doa terhadap Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

“Kepada pihak-pihak yang ingin membantu meringankan beban beliau sekeluarga, bolehlah berhubung dengan isteri ataupun anak-anak beliau. Hari ni hari susah beliau. Esok lusa mungkin hari susah kita pulak. Kita permudahkan urusan orang lain, mudahan Allah SWT akan permudahkan urusan kita jugak,” katanya.


Imbas kembali, Roslan Saleh pernah membintangi beberapa filem hit seperti Sembilu II, Gerak Khas The Movie 2, Bini-biniku Gangster, Munafik 2 dan lain-lain lagi.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo