Wanita terpaksa tunda 2 tahun untuk 'bersama' kerana suami masih bawah umur

Wanita terpaksa tunda 2 tahun untuk 'bersama' kerana suami masih bawah umur

"Pernikahan mereka disahkan melanggar undang-undang perkahwinan berkaitan had umur minimum perkahwinan"

SEORANG wanita yang mencetuskan kontroversi kerana bernikah dengan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, sedih gara-gara terpaksa 'menunda' malam pertama untuk dua tahun akan datang.

Pasangan pengantin dari Sambas, Kalimantan Barat bernama Mariana, 41, dengan Kevin, 16, sebelum ini berkahwin kerana jodoh mereka diatur oleh ibu kandung remaja berkenaan.

Difahamkan, kes pasangan berkenaan yang tular mendapat perhatian Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) dan Perkhidmatan Sosial di Kalimantan Barat hadir menemui Mariana beberapa hari lalu.

Pernikahan mereka disahkan melanggar undang-undang perkahwinan berkaitan had umur minimum perkahwinan, lantaran Kevin belum mencapai usia yang cukup untuk berkahwin.

Hasil pertemuan itu juga, Mariana diminta menunggu sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan Kevin.

"Kami harus berpisah tempat tidur dulu sehingga dia cukup umur. Saya sangat sedih," kata Mariana.

Untuk rekod, Mariana berkahwin dengan remaja lelaki itu pada 30 Julai lalu dan perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di Indonesia

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo