Kenyataan 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tak benar, tidak ada dalam Quran dan Hadis - UAI

Kenyataan 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tak benar, tidak ada dalam Quran dan Hadis - UAI

"Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri," ujarnya.

SHAH ALAM - Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyelar ungkapan dicanang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Dalam ceramahnya, Azhar menegaskan kenyataan itu tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.


"Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.

Betul atau tidak?

Jawapannya betul...orang ini sudah tidak betul.

"Ini hadis ke?

Ini perkataan netizen.

Hidup kita kena ikut netizen ke hadis?


Kalau ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka," katanya menerusi video ceramahnya yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam sejak minggu lalu mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan dia telah bernikah kali kedua.

Kata Abang Tesla, ada ustaz yang memberitahu dirinya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' hingga mendapat kecaman ramai.

Tambah Azhar, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.

"Siapa jadi isteri pertama pastinya terasa hati dengan kenyataan begini.

"Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri," ujarnya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo