Nenek akui bahagia nikah dengan anak angkat, mahu 10 anak bersamanya


Nenek akui bahagia nikah dengan anak angkat, mahu 10 anak bersamanya

Seorang wanita bernama Mbah Gambreng berusia 65 tahun mengakui kehidupannya lebih bahagia selepas menikah dengan anak angkatnya sendiri bernama Ardi berusia 24 tahun.

Keduanya adalah warga di Desa Bumi Arjo, Kecamatan Lempuing, Kabupaten Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan dan pernikahan mereka mengemparkan penduduk setempat.

Mbah Gambreng yang mempunyai 5 anak serta cucu itu menjelaskan beliau telah berkenalan dengan Ardi sejak 9 bulan lalu di tempat kerja. Memandangkan pekerjaan mereka sama iaitu sebagai tukang seni jadi hubungan mereka menjadi semakin erat sehingga Mbah menganggap Ardi seperti anaknya sendiri.

"Pada awalnya saya bergurau dengan Ardi, saya cakap kamu itu sudah dewasa sepatutnya sudah menikah dan mempunyai anak

"Kemudian Ardi meluahkan perasaannya kepada saya katanya dia mencintai saya" kata Mbah Gambreng

Melihat kesungguhan Ardi yang ingin menjadikan Mbah Gambreng sebagai isteri, wanita itu serta keluarganya bersetuju untuk bernikah.

Ardi pernah menyatakan mahukan 10 anak bersama Mbah Gambreng.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo