Majikan dikompaun RM 100 benarkan pekerja wanita potong rambut pelanggan lelaki

Majikan dikompaun RM 100 benarkan pekerja wanita potong rambut pelanggan lelaki

"Majikan akui kesilapan dan terlupa peraturan itu"

KOTA BHARU: Seorang pemilik kedai salun rambut wanita di sini, dikompaun RM100 oleh Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) kerana membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki, minggu lalu.

Kejadian berlaku selepas sebulan pemilik sebuah butik didenda pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana berpakaian tidak sopan.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Datuk Oie Poh Choon, berkata pemilik salun berkenaan sudah membayar denda empat hari lalu selepas didapati melanggar undang-undang kecil MPKB.

“Saya sudah menemani wanita itu ke pejabat MPKB untuk menjelaskan dendanya dan dia juga mengaku melakukan kesalahan itu.

“Dia mengakui kesilapannya dan mendakwa bahawa dia terlupa peraturan itu,” katanya.

Beliau berkata, menerusi undang-undang kecil di bawah garis panduan lesen perniagaan MPKB menyatakan pendandan rambut wanita bukan Islam tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada mana-mana orang Islam yang berlainan jantina.

Beliau berharap MPKB memberi taklimat kepada pemilik salun mengenai undang-undang sedia ada kerana ramai yang seolah-olah melupakannya.

“Ketika pertemuan saya dengan ahli persatuan baru-baru ini, kami juga menegaskan mereka supaya tidak melanggar peraturan MPKB atau mana-mana undang-undang kerana kami tidak mahu pihak tertentu mengambil kesempatan dalam keadaan itu,” katanya.

Difahamkan, pekerja wanita salun itu menggunting rambut pelanggan lelaki yang pergi ke tempat itu bersama ahli keluarganya yang turut memotong rambut.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo