Ibu lapor polis Anak perempuan(4 tahun) dirogol, polis kata dara tak penting nanti boleh tertutup sendiri atau buat operation

Ibu lapor polis Anak perempuan(4 tahun) dirogol, polis kata dara tak penting nanti boleh tertutup sendiri atau buat operation

Seorang ibu, Desi Natalia di Kecamatan Medan Johor, Kota Medan, Sumatera Utara melalui detik cemas apabila mendapat tahu anak perempuannya berusia 4 tahun dirogol oleh pemilik rumah sewa ketika keluar pergi ke kedai.

Kanak-kanak itu mengadu sering terasa pedih pada bahagian kemaluan ketika kencing dan membongkar perbuatan jijik pemilik rumah sewa yang merogolnya.

Ibu kanak-kanak tersebut segera ke balai polis untuk membuat laporan. Namun lebih menyakitkan hati apabila seorang polis wanita memberi saranan supaya kemaluan anaknya itu dioperasi atau biarkan sahaja hingga ia tertutup sendiri nanti.

Menurut Desi, Polis itu berkata zaman sekarang 'dara' sudah tidak penting, lama kelamaan kemaluan kanak-kanak itu akan tertutup dengan sendiri tambahan maklumat terperinci mengenai pelaku yang diberi Desi tidak mencukupi

Hancur perasaan seorang ibu mendengar jawapan daripada polis yang didakwanya tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

Rakaman video tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata warganet mengecam sikap polis wanita itu.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo