Remaja lelaki mewarisi harta mendiang bapa RM 74.3 Juta maut dibunuh suami(gay)


Remaja lelaki mewarisi harta mendiang bapa RM 74.3 Juta maut dibunuh suami(gay)

"Lai, 18, ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah apartment"


TAIPEI - Kematian misteri seorang pelajar sekolah tinggi di Taiwan yang mewarisi portfolio hartanah bernilai NT$500 juta (RM74.3 juta) pada awal bulan lalu terus mencetuskan tanda tanya.

Kejadian itu didedahkan media tempatan pada 19 Mei lalu selepas ibu mangsa, Chen bersama peguamnya mengadakan sidang media di Taichung City.


Lai, 18, ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah apartment di daerah Beitun, sehari selepas upacara pembakaran mayat bapanya yang meninggal dunia pada akhir bulan lalu.

"Paling mengejutkan dia telah mendaftarkan perkahwinan sejenis bersama ejen yang menguruskan portfolio hartanahnya dikenali sebagai Hsia, 26, kira-kira dua jam sebelum kematiannya. Mereka baru berkenalan dan bertemu sebanyak dua kali," lapor media

Sementara itu, peguam Chen percaya Lai dibunuh kerana kekayaan yang dimilikinya kerana ibu mangsa percaya anaknya tidak mungkin membunuh diri.

Pada minggu lalu, pendakwa raya daerah Taichung memaklumkan mereka telah menyoal siasat Hsia atas tuduhan membunuh, namun dibebaskan dengan ikat jamin malah bapanya turut dipanggil untuk membantu siasatan. - Agensi



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo