Disyaki seleweng duit persatuan RM 75,000 ,Wanita pengerusi pertubuhan belia ditahan SPRM


Wanita pengerusi pertubuhan belia ditahan SPRM, disyaki seleweng duit persatuan berjumlah RM 75,000

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita pengerusi sebuah pertubuhan belia kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya menyeleweng wang milik pertubuhan itu berjumlah kira-kira RM75,000 untuk kegunaan sendiri. ...

Suspek berusia 40-an dipercayai bekerja sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini, ditahan kira-kira jam 5 petang kelmarin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

SPRM kemudian memohon perintah reman ke atas suspek yang mengetuai pertubuhan belia di Johor itu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Suzana Mokhtar membenarkan wanita berkenaan ditahan reman sehingga 14 Februari ini.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo