Jangan terlalu benci hingga sampai menghina - Ira

Ira nasihatkan netizen supaya jangan terlalu membenci hingga sampai tahap menghina...

Isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi bualan hangat warganet sehingga namanya antara topik sohor kini (trending) di... Twitter.

Di sebalik kecaman demi kecaman yang diterima anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu, Ira juga mendapat 'simpati' daripada pengguna media sosial sejak berita pernikahannya dengan Syamsul tular semalam.

"Sedihnya jadi Ira kazar! Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat.

"Nikah pun kat Siam je, keluarga mentua pun tak sokong. Berbanding dengan pernikahan Puteri Sarah dulu beza jauh langit dari bumi," ciap seorang pengguna Twitter.

"Semoga berjaya Ira kazar. Jaga suami elok-elok. Percayalah, orang macam Ira kazar ini akan selalu rasa 'insecure' sebab takut suami dia kena 'caras' dengan betina sepesen macam dia," ciap seorang lagi warganet.

"Kesian Ira Kazar ini, hidup dalam 'insecure'. Takut dengan bayang-bayang. Selalunya kes macam perampas ini hati tak tenang," kongsi seorang warganet.

Bukan hanya itu, terdapat juga pengguna Twitter yang kembali memanaskan keadaan apabila memuat naik video bergelek Ira yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

"Ira kazar punya gelek memang hmmmpph! Mahu tidak Sol (Syamsul) tak terkulai layu," ciap seorang pengikut.

"Netizen jangan terlalu benci hingga sampai tahap menghina Ira Kazar, dah takdir jodoh dia dengan Syamsul nak buat macam mana... lebih baik jaga suami korang masing-masing " - Ira Syazlan

Selain Ira, nama Syamsul turut menjadi topik trending di platfom sama sejak semalam.

Difahamkan akaun Instagram dan TikTok Ira Kazar telah dinyahaktifkan.

Bagaimanapun punca tindakan itu masih belum dapat dipastikan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo