VIDEO - OKU lindungi anak daripada hujan undang sebak

OKU lindungi anak daripada hujan undang sebak

“Untungnya awak dapat suami yang sangat baik. Kurang di mata orang, hero di mata isteri dan anak-anak,” -netizen


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada ditimpa hujan sebelum memasuki kereta undang sebak orang ramai.

Perkongsian video melalui akaun TikTok yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut memaparkan tindakan suaminya dengan penuh kasih sayang melindungi anak mereka daripada kebasahan ditimpa hujan.

Video sayu tersebut lengkap dengan kapsyen yang ditulis ‘Jika nanti di akhirat Allah tanya siapa manusia di dunia yang paling baik padaku, terima kasih suami selalu menjaga anak dan isteri dengan cukup baik. Aku cinta kamu’.

Susulan itu, video tersebut telah tular dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang majoritinya terharu dan memuji tindakan lelaki tersebut yang sentiasa melindungi anaknya biarpun tidak mempuyai fizikal yang ‘normal’ seperti orang lain.

“Untungnya awak dapat suami yang sangat baik. Kurang di mata orang, hero di mata isteri dan anak-anak,” komen seorang pengguna TikTok.

“Betapa berharapnya saya untuk mendapat suami yang meletakkan anak dan isteri sebagai keutamaan, awak sangat beruntung kakak, bertuah sangat dapat suami macam ini,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Suami dari syurga, Allah turunkan dia untuk awak, kakak, untuk melindungi keluarga kecil awak dan sempurnakan hidup awak sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai terutamanya golongan isteri berharap para suami di luar sana mencontohi perbuatan lelaki tersebut dan aplikasikan dalam rumah tangga masing-masing.

“Sedangkan suami yang sihat walafiat belum tentu hendak jaga anak begitu, asyik tiada masa sahaja,” tulis pengguna TikTok itu.

“Para suami boleh belajar dengan abang ini tengok macam mana dia tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak, jangan asyik keluar dengan kawan sahaja, isteri dan anak-anak adalah nombor satu,” tulis pengguna yang lainnya.




Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 200,00 tontonan, 23,600 tanda suka dengan 247 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen positif daripada orang ramai.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo