VIDEO - Lelaki mengaku Imam Mahdi, Ada 2 pengikut sahaja


Lelaki mengaku Imam Mahdi, dakwa mampu menghapuskan segala bencana dan mempunyai 2 pengikut

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki yang lengkap berpakaian hitam didampingi oleh dua orang wanita yang berbaju oren mengakui bahawa dirinya adalah imam mahdi dan mendakwa sebagai raja akhir zaman.

Lelaki yang berasal dari Kutatandingan Kerawang itu mendakwa bahawa dialah imam mahdi dan telah muncul di daerah tempat tinggalnya serta mempunyai kemampuan untuk menghentikan segala bencana alam.




Setakat ini, lelaki itu mempunyai dua orang pengikut sahaja iaitu isteri-isterinya sendiri dan mengakui dia adalah raja akhir zaman.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai kritikan dalam kalangan warganet.

"Percayalah bahawa pakcik ni tengah lalok ketika memberi ucapan"

"Ada yang tak kena dengan otak dia ni"

"Kalau mengaku Imam Mahdi cuba cakap Arab sebab Imam Mahdi cakap Arab" 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo