Doktor dikecam buat live Tiktok ketika pembedahan
"Privasi pesakit tu woi, mana etika kau sebagai doktor?" - netizen
Warganet mengecam tindakan seorang doktor yang membuat live di Tiktok ketika mengendalikan operasi pembedahan seorang pesakit.
Nama hospital tidak dihebahkan ketika membuat live itu dan doktor tersebut telah menukarkan nama akaun Tiktoknya daripada @satriiaa_ kepada @satriiaa_11 akibat daripada kecaman hebat daripada kalangan warganet.
Doktor itu dikecam kerana didakwa tidak menjaga privasi pesakit dan beberapa bahagian aurat pesakit terdedah kepada umum. Warganet menyelar doktor tersebut sebagai doktor yang tidak beretika.
"Orang tu tengah sakit kau boleh pulak buat live Tiktok"
"Privasi pesakit tu woi, mana etika kau sebagai doktor"
"Ini doktor nak selamatkan nyawa orang ke nak kejar glamour?"
Doktor tampil memohon maaf secara terbuka
Tidak tahan mendapat kecaman, doktor bertindak menutup ruangan komen dan bertindak menukarkan nama akaun tiktoknya.