Ibu suka membebel dan mengamuk, anak rantai leher ibu dan ditinggalkan di tengah hutan sendirian selama 5 hari
Hanya kerana ibu suka membebel dan mengamuk, anak-anak tergamak merantai leher ibu mereka sendiri dan tinggalkan di tengah hutan.
Sukarelawan yang menemui ibu ini tidak dapat menahan sebak melihat keadaanya yang serba daif, ditinggalkan sendiri di tengah hutan dengan keadaan terikat dengan rantai seperti haiwan.
Jika hujan, ibu ini akan kebasahan kerana tiada sebarang atap yang meneduhinya.
Menurut si anak, mereka sudah tidak sanggup menjaga ibu kerana suka membebel dan mengamuk walaupun sudah berkali-kali memujuknya dengan cara baik sebelum ke semua anaknya bertindak merantai si ibu dan ditinggalkan di tengah hutan.
"Kalau tak buat macam ni nanti habis semua harta benda dalam rumah ni rosak dibaling ibu kerana dia suka mengamuk" kata anak
Ibunya telah ditinggalkan sendiri di tengah hutan dalam keadaan terikat dengan rantai selama 5 hari. Ketika ditanya sukarelawan ibunya hanya minum air hujan dan sering kehausan.
"Walau buruk macam mana sekalipun si ibu, perbuatan seperti ini sangat tidak wajar apalagi merantai lehernya seperti haiwan" kata sukarelawan
Ibu tersebut berjaya diselamatkan oleh sukarelawan yang dirawat di sebuah rumah khusus bagi memelihara dan memulihkan semangat ibu tersebut. - Agensi
#global
#luarnegara