VIDEO - Lelaki Nepal silap masuk rumah orang, ‘slumber’ tidur atas sofa


Lelaki Nepal silap masuk rumah orang, ‘slumber’ tidur atas sofa

Seorang lelaki warga Nepal tersilap masuk ke dalam sebuah rumah penduduk sebelum bertindak merebahkan badan dan tidur di atas sofa.

Kejadian dilapor berlaku di ruang tamu sebuah rumah yang terletak dekat Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kelmarin.

“Pemilik rumah bagaimanapun tidak mahu membuat laporan dan tiada kehilangan barang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak berbaju telah tidur di atas sofa dengan berselimutkan permaidani.




Difahamkan, pemilik rumah telah menghubungi pihak polis untuk membangunkan lelaki terbabit.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo