Tukar lorong mengejut punca kemalangan 9 kenderaan

Tukar lorong mengejut punca kemalangan 9 kenderaan

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia 22 tahun itu berada di lorong lurus sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk masuk ke susur Persiaran Kewajipan. Tindakan itu menyebabkan pemandu sebuah treler tidak sempat menekan brek lalu merempuh kereta Perodua Myvi berkenaan lalu terbalik," katanya

SUBANG JAYA - Gara-gara menukar lorong secara melulu, sebuah Perodua Myvi dilanggar treler dan menyebabkan kemalangan melibatkan sembilan buah kenderaan di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.15 pagi.



"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia 22 tahun itu berada di lorong lurus ke Kuala Lumpur sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk masuk ke susur Persiaran Kewajipan.

"Tindakan itu menyebabkan pemandu sebuah treler tidak sempat menekan brek lalu merempuh kereta Perodua Myvi berkenaan lalu terbalik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Wan Azlan berkata, Perodua Myvi berkenaan terbalik dan melanggar tujuh buah kenderaan lain yang sedang menunggu dalam kesesakan jalan raya.




"Kemalangan terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa atau cedera parah, hanya melibatkan cedera ringan pada pemandu Myvi. Lain-lain pemandu kenderaan, tidak mengalami kecederaan.





"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat," ujar beliau.






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo