Lelaki (40 tahun)ditahan rogol budak 8 tahun

Lelaki (40 tahun)ditahan rogol budak 8 tahun

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan jika disabit kesalahan dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebat," katanya.

SEMPORNA - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam kejadian di Pekan Semporna pada Khamis lalu.

Suspek berusia 40 tahun ditahan di sebuah kampung di daerah ini kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat selepas laporan polis dibuat oleh seorang pengadu yang juga ibu saudara mangsa.


Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kira-kira jam 12 tengah malam Jumaat.

"Pengadu mengatakan bahawa kira-kira jam 8.30 malam anak saudaranya telah dibawa oleh seorang lelaki dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ke tempat yang tidak diketahui.

"Kira-kira sejam kemudian, anak saudaranya telah ditemui dalam keadaan yang lemah di belakang sebuah pasar raya dan mangsa memaklumkan bahawa dia dirogol oleh suspek yang menghantarnya di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, susulan daripada itu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan seterusnya dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

"Bertindak atas maklumat juga polis berjaya menahan suspek warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor dan suspek direman sehingga 27 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan jika disabit kesalahan dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebat," katanya.

Mohd Farhan dalam pada itu memohon kerjasama daripada orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Adham Ramli di talian 011-10145004 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!