Konten makan diri, 2 kakitangan hospital direman


Konten makan diri, Dua kakitangan hospital direman tiga hari rosakkan kolam Deepavali

KLANG – Dua kakitangan hospital direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung merosakkan hiasan lantai tradisional atau Kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 30an itu terdahulu ditangkap kira-kira pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali dan yang menjadi perakam.

“Mereka kini direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki merosakkan hiasan lantai tradisional sempena perayaan Deepavali ataupun dipanggil kolam, menggunakan kaki dikecam orang ramai. 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo