Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki



Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki

“Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi di usia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada dirumah sahaja,”

PETALING JAYA- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dihadapi oleh seorang warga emas yang mencari rezeki dengan memakai ‘maskot’ bagi menghiburkan orang ramai di jalanan.


Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Roslan Salleh, dia memuat naik beberapa keping gambar warga emas berkenaan ketika berada di Bazar Malam Wangsa Maju.


Kelihatan sesekali warga emas terbabit keletihan dan membuka ‘maskot’ dipakainya untuk menghirup udara segar ketika dalam kepayahan mencari rezeki.


“Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur, apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.


“Disebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun, saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu adalah seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda.


“Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi di usia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada dirumah sahaja,” tulis pengguna tersebut.


Tambahnya, dia berdoa agar Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya dan diberikan kesihatan yang baik.


Setakat ini, hantarannya telah mendapat 334 tanda suka dan 156 perkongsian.


Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan ketabahan warga emas itu dan ada juga yang bersimpati dengan nasibnya.


“Nampak letih mukanya, kasihan makcik itu terus kuat mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan dia,” komen Kamalizan.


“Sedihnya tengok usia sebegini masih bekerja dan menghiburkan orang lain sedangkan makcik ini sepatutnya sedang berehat di rumah bersama keluarga,” komen Ammy pula. 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo