VIDEO - Wanita Lemah Terberanak Depan Klinik, Doktor Jelaskan Sebab Tiada Orang Tolong

Wanita Lemah Terberanak Depan Klinik, Doktor Jelaskan Sebab Tiada Orang Tolong

Bukan lagi kisah pelik, sebenarnya ramai sahaja para ibu di luar sana yang pernah mengalami detik cukup mencemaskan ketika ingin bersalin. Kadang-kadang mungkin sudah merancang dengan baik untuk beranak di pusat perubatan tapi ada kalanya boleh menjadi haru-biru pula apabila air ketuban pecah lebih awal.


Satu rakaman yang memaparkan seorang wanita sarat hamil tular di media sosial. Dalam video tersebut, ibu berkenaan dilihat sudah terduduk di atas lantai kerana terberanak tepat di hadapan pintu sebuah klinik kesihatan. 


Sementara dipapah oleh seorang lelaki, individu tersebut yang bernama Yetina sudah dalam keadaan lemah manakala bayinya pula tergolek di bahagian kaki kerana tali pusat masih bersambung.

Datang masa waktu operasi klinik tamat

Susulan rakaman berkenaan, ramai mempersoalkan kenapa tiada sebarang bantuan diberikan kepada si ibu tersebut. Menerusi portal Tribunnews, ketika wanita itu tiba difahamkan klinik kesihatan sudah pun tutup. Selama ini Yetina tidak sedar akan kehamilannya sehinggalah perutnya membesar. Kedatangannya pula ke pusat kesihatan tersebut adalah untuk melakukan check up kandungan buat kali pertama.


Lepas tu, ada pegawai yang kebetulan dekat situ tolong

Namun dia tidak menyangka sama sekali akan terus melahirkan pada hari berkenaan. Selepas itu, salah seorang pegawai yang masih berada di lokasi sempat memberi bantuan dan membawa wanita tersebut untuk berjumpa bidan bagi urusan memotong tali pusat




Kredit : Kisah Dunia

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo